Quantcast
Channel: aku Dayat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 175

Tawaran Proton untuk kenderaan mangsa banjir

$
0
0
Pagi tadi ada ternampak dalam satu rancangan telivisyen mengajar apa yang perlu dilakukan jika kenderaan kita telah terlibat dalam banjir. Ia dikendalikan oleh kakitangan dari Proton. Tak tau la kilang Proton ke atau Service Center ke atau Kedai jual kereta...

Yang paling utama antaranya ialah jangan cuba hidupkan sistem elektriknya. Huhuuu.... susah jugak tu... Kalau kereta dah kunci pakai alarm pastu kalau buka pakai kunci mesti la bunyi alarm tu kan? Kalau bunyi pasti la elektriknya jalan kan? Hadoiiii... Kalau yang kunci-buka pakai manual style, pakai kunci sahaja memang tak ada masalah la....

Jika dah berjaya buka pintu kereta, buka bonet depan dan tanggalkan sambungan terminal baterinya. Macamana nak tanggalkan? Tanggalkan terminal negativ (hitam) dahulu, diikuti yang positiv (merah).

Mereka juga kata Proton sedang membuat tawaran kepada mangsa-mangsa banjir untuk memperbaiki, servis, memeriksa kenderaan mereka.

Tawaran meliputi kos buruh percuma, alat ganti tulen diskaun sebanyak 30%. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Khidmat Pelanggan Proton ditalian 18000-888-398.

Gambar promosi dari fb Proton Holding Berhad



Viewing all articles
Browse latest Browse all 175