Quantcast
Channel: aku Dayat
Viewing all 175 articles
Browse latest View live

Suasana Penjualan Tiket Final Piala Malaysia 2014 @ Pahang

$
0
0
Perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ini 1 November 2014 akan menemukan jaguh pantai timur Pahang Darul Makmur selaku juara bertahan dengan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Bukit Jalil.

Semalam 10,000 tiket telah dijual menerusi atas talian (on-line) di www.tickethotline.com.my  bermula jam 10 pagi. Tapi desus-desus mengatakan dalam masa 30 minit sahaja sudah habis..sudah 'sold-out'. Wowww...pelik bebenor ni...tapi ade jugak yang kata dia dapat beli jam 4 petang...

Manakala 80,000 baki tiket dibahagi sama rata..40,000 untuk JDT dan Pahang. Tiket-tiket manual ini akan dijual di Pahang dan Johor bermula hari Khamis. Tiada tiket yang dijual di Stadium Bukit Jalil melainkan penebusan tiket online yang bermula Khamis juga

Pagi ni tadi kebetulan nak gi JPN di UTC lalu sebelah Stadium Darul Makmur, lokasi penjualan tiket bagi penyokong Pahang. Ce tengok gelagat dan pengorbanan penyokong Pahang ni beli tiket di Stadium Darul Makmur...







Amacam? Ada brani? Semoga mereka ni berjaya membeli tiket yang diharapkan.... Tiket dewasa RM40 dan kanak-kanak RM5. Harga tiket online mahal sikit.. RM44.29.

Yang aku tengok ni tadi perempuan pun berbaris dalam barisan yang sama....emmm.... haritu ada barisan untuk perempuan... atau ada tp pompuan ni memang nak beratur kat sini jugak...entahlah... Cuaca panas.. ada yang berpayung.. beratur panjang wehhh... Ada yang pukol 1 pagi dah pacak depan kaunter tiket ni...


Harap-harap tiada kejadian yang tidak diingini berlaku... lebih 2000 polis terpaksa buat kerja lain iaitu mengawal keadaan nanti...

Dijangkakan lebih 900 bas daripada Pahang dan Johor akan datang ke Bukit Jalil. Bagi mengelakkan ada bas kena bako..kena baling batu... bas bagi penyokong JDT akan ditempatkan di Universiti Putra Malaysia manakala Pahang di Taman Teknologi Malaysia


LAN BERAMBEH 2014

$
0
0

Juh kita ramei-ramei dtg ke Program Lan Berambeh Anak Sarawak pada Sabtu 1/11/2014 jam10 pagi - 10 malam di Perkarangan Stadium Bukit Jalil. Kul 7 malam ada Majlis makan malam.. Ada hadiah-hadiah menarik cabutan bertuah yang akan nggu ktkorg. Ada skuter Demak, TV 42-inch.... Ktkorg digalakkan utk datang awal utk ngelak kesesakan.

Ktkorg juak dinasihatkan utk makei pengangkutan awam (LRT). Lan Berambeh & jumpa ktkorg di tmpt karnival !!

Kat program buleh nangga bol Pahang versus JDT.... jom berambeh

Pahang Juara Piala Malaysia 2014

$
0
0
Pritt..pritt..prittttttt. Begitulah berakhirnya perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 menemukan Pahang Tok Gajah selaku juara bertahan dengan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Bukit Jalil.


Pahang memenangi sepakan penalti 5-3 setelah Mat Yo gagal menyempurnakan sepakan ke-4 untuk JDT. Siap pengulas TV cakap "saya tak yakin dengan sepakan Mat yo ni"...rupanya memang menjadi kenyataan.

Pahang mendahului 1-0 melalui Nwakaeme. JDT menyamakan kedudukan pada minit ke-31 sebelum mendapat sepakan penalti 3 minit kemudian.

Pahang kehilangan pemain setelah dilayangkan kad merah pada minit ke-68. Bermain 10 pemain, Pahang tetap gagah dan mampu menyamakan kedudukan pada minit ke-70.

Perlawanan berlarutan ke masa tambahan dan akhirnya keutusan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.

Sepanjang perlawanan.... memang menarik dan mendebarkan!! Tahniah buat pasukan Pahang!!!

Pemilihan Syafiq Rahim sebagai pemain terbaik mungkin menjadi penawar duka kepada pasukan JDT.

JDT perlu menunggu 1 tahun lagi untuk menjulang Piala Malaysia yang kali terakhir dijulang 23 tahun lalu...

Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Taman Negara ke-75

$
0
0

Pengenalan:

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Taman Negara Ke-75. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh YB Datuk Seri G.Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 29 Oktober 2014 di Taman Negara.

Tarikh Jualan:

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 28 November 2014


Tempat Jualan:

  1. Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) 
  2. Pejabat Wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru 
  3. Cawangan Bank Negara di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.


Spesifikasi Duit Syiling Peringatan ini:

1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
  • Diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 99.99
  • Berat setiap keping ialah 7.96 gram. 
  • Diameter 22mm
  • Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 
  • Harga jualannya RM1,800 sekeping
  • Sebanyak 500 keping sahaja ditempa.

2. Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf)
  • Diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 
  • Berat setiap keping ialah 31.10 gram. 
  • Diameter 40.7mm
  • Nilai muka duit syiling ini ialah RM10
  • Harga jualannya RM200 sekeping
  • Sebanyak 2,000 keping sahaja ditempa.

3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (pruf)
  • Diperbuat daripada logam Cu89 Zn5 Al5 Sn1
  • Berat setiap keping ialah 8.5g
  • Diameter 30mm
  • Nilai muka duit syiling emas nordic ini ialah RM1
  • Harga jualannya RM10 sekeping
  • Sebanyak 25,000 keping sahaja ditempa.

Jualan Secara Set:

Kesemua duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam Set 3 dalam 1 dan Set 2 dalam 1.

Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling pruf emas, perak berwarna dan emas nordic pruf. Set ini akan dijual pada harga RM2,100 dan terdapat 750 set sahaja.

Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak berwarna dan emas nordic pruf. Set ini akan dijual pada harga RM250 dan terdapat 750 set sahaja


Reka Bentuk Duit Syiling Peringatan ini:

  1. Bahagian Hadapan Duit Syiling
    Pada bahagian tengah duit syiling peringatan ini terdapat imej Pantera Tigris Jacksoni iaitu spesies harimau yang hanya ditemui di Taman Negara . Banjaran Tahan dan pokok Keruing Neram yang terdapat di sepanjang Sungai Tahan menjadi latar belakang duit syiling. Lavistonia Tahanensis, sejenis palma yang ditemui hanya di kawasan Banjaran Tahan, pula dipaparkan pada bahagian bawah kanan duit syiling. Perkataan “SAMBUTAN 75 TAHUN TAMAN NEGARA” tertera pada bahagian atas duit syiling dan tahun “1939-2014” yang menandakan ulang tahun yang ke-75 dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling tersebut.

  2. Bahagian Belakang Duit Syiling
    Pada bahagian tengah duit syiling peringatan ini tertera peta Semenanjung Malaysia dengan garisan sempadan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang ditebalkan untuk menunjukkan kawasan Taman Negara. Bahagian yang berlorek menunjukkan lokasi sebenar Taman Negara. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala nilai muka duit syiling ini tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut.
Gambar penuh spesifikasi depan belakang Syiling Peringatan 75 Tahun Taman Negara yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia seperti di bawah:



Sekian buat pencinta syiling terhad

IKIP Convo Fest 2014 Picture Shoot

$
0
0
Semalam 8 November 2014 berlangsungnya IKIP Convo Fest 2014 yang dimulakan dengan aktiviti Ivory Run dari Kampus IKIP 3 Taman Gelora ke Asrama IKIP Tanjung Lumpur sejauh 9 kilometer dan disudahi pada malamnya dengan program Forum Perdana.

Antara program lain seperti bola 4x4, petandingan wau bulanrebut kerusi, mengacau bubur lambuk, tamiya race, autoshow, grgai jualan dan gerai pameran dan macam-macam lagi...

Jom nikmati rakaman dari lensa yang tak seberapa ni...

Rare species motocycle show (full gallery later)


Memasak bubur lambuk



Gerai pameran dan jualan




Faculty of Engineering booth dengan solar car


Ivory run



Pertandingan wau






Tamiya Race (full gallery later)


Pameran ular




adiosss

Ais Krim Magnum Percuma

$
0
0
Wallahhhhh....ada program pemberian ais krim percuma pulak. Nasib la jauh... kalau sebelah opis je rasanya pasti ada muka aku tu...

(gambar: facebook Magnum Malaysia)

Oklah...Hari Jumaat ini (esok - 14 November 2014) ais krim Magnum (bukan nombor ekor aaa...) akan diberikan secara percuma. Yaaaa PERCUMA a.ka FREE !!!

Program pada jam 10 pagi di tingkat 3 Mid Valley Megamall Kuala Lumpur tau.... bukan Megamall Kuantan...huhuuu...

Katanya...500 orang pelanggan pertama saja akan dapat ni...emmm...buat sendiri aiskrim dan makannnn!!! (kiranya kalau jadi orang ke 501 tak dapat free la gamaknya ni.....emmm)

Program ini juga bersempena dengan pembukaan kafe pertama Magnum di Mid Valley ini....

(gambar facebook Magnum Malaysia + Jurn Ee)

abeh doh

Char Kwey Teow (Char kue tiau)

$
0
0
Hasil Char Kwey Teow (Char kue tiau) home-made


Char Kwey Teow (Char kue tiau)... sejenis masakan yang popular dan selalu dikaitkan dengan Pulau Pinang. Memandangkan harganya yang sekarang melambung-lambung ke siling akibat kenaikan harga barang (terutamanya udang dari RM20 kepada RM30+)... maka timbul inisiatif aku nak mencuba masak sendiri selain oder kat kedai je selama ini...

Resepi Char Kwey Teow (Char kue tiau)

Sebungkus kwey teou (boleh makan 3 orang)
Minyak masak
Bawang merah (tumbuk/kisar)
Bawang putih (TTumbuk/kisar)
Cili kering di kisar
Udang & Kerang (rebus separa masak dulu)
Kucai (dipotong-potong)
Taugeh
Telur ayam (portion 1 orang 1 biji)
Sos / paste Char Kwey Teow (Char kue tiau)
*(aku guna 'sos' sebab yang aku buat tu cair je...hehehe)

Cara memasak Char Kwey Teow (Char kue tiau)

1. Panaskan kuali..letak minyak, agak dah panas masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis sampai masak (nanti sakit perut pulok cili tak masak). Kalau suka pedas letak la banyak cili tu...

2. Letakkan satu senduk sos char kwey teow (senduk saiz sedang-sedang sudah laaa...). Terjunkan udang dan kerang..Tunggu mendidih kejap

3. Masukkan kwey teow (1/3 dari isi plastik tadi @ agak-agak 1 orang makan), kucai dan taugeh...gaul-gaul kejap

4. Masukkan sebiji telur ayam..kacau-kacau bagi sebati kejap. Tambahkan sedikit (1 senduk) sos char kwey teow lagi bagi menambahkan lagi kebasahannya.

5. Dah siap..enak dimakan ketika masih panas dari kuali!!

Nota kaki!!

Kena masak satu pinggan.. satu pinggan.. satu pinggan. Kalau masak sekali 3 orang makan pasti tak sedap...kikiii...tak menjadi..

Sukatan resepi boleh ikut suka hati anda....hehee...lebih banyak udang..lebih sedap dan lebih banyak kena bayar beli kat pasar...hehee

Resepi sos Char Kwey Teow (Char kue tiau) klik sini

Resepi Sos/Paste Char Kwey Teow (Char kue tiau)

$
0
0
Resepi Sos/Paste Char Kwey Teow (Char kue tiau)

Udang saiz sedang-sedang (15 ekor @ 250gram)
Bawang putih : 4-6 ulas (ditumbuk/dikisar)
Kicap pekat : 3 sudu
Kicap manis : 3 sudu
Sos Tiram : 3 sudu
Air 300ml (asalkan boleh rebus udang)
Garam : secukup rasa
Gula : Secukup rasa
Perisa tambahan : Kuib ikan bilis (0.25 - 1 kiub...ikut citarasa)


Cara Masak Sos/Paste Char Kwey Teow (Char kue tiau)

Bersihkan udang...panaskan air dalam periuk..dah menggelegak masukkan udang..rebus sekejap kira-kira separuh masak..angkat dan sejukkan dulu udang tu.

Kopek kulit udang dan kepala udang..isinya simpan untuk masak char kwey teow.

Kulit dan kepala udang tadi kisar bersama air rebusan udang tadi... lepas tu tapis ambil airnya sahaja... hampasnya sila buang ke tong sampah

Masukkan air tadi ke dalam periuk semula dan panaskan. Campurkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis, gula, garam dan kiub ikan bilis tu. Sukatan ikut sukalah.

Tunggu sehingga menggelegak.

Kalau rajin tunggu la sampai pekat (barulah namanya paste). Aku kurang rajin maka cair je...sebab tu ku panggil sos je..hehee

Dah siap sejukkan... boleh simpan dalam peti ais untuk digunakan dikemudian hari...

Sos yang koi buat...

Tarikh Keputusan UPSR 2014 & Semakan

$
0
0


Berdebar-debar...

Dengar-dengarnya, keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan minggu depan 26 November 2014 - Rabu

Sebaik sahaja pengumuman keputusan UPSR dibuat para pelajar boleh membuat semakan disekolah masing-masing pada hari yang ditetapkan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga ada menyediakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2014 secara online dan SMS.


Cara Membuat Semakan Keputusan UPSR menggunakan secara SMS seperti berikut:

Semakan SMS: Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contoh: UPSR BC136C368 hantar ke 15888



Untuk mengetahui proses pendaftaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) layari Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh 2015

Transformasi Taman Gelora Kuantan

$
0
0
Minggu lepas naik satu 'pondok' berdinding zink kilang biru dan selonggok kayu 1x2. Emmm... projek apa la kat Taman Gelora ni ye?

Setelah sembang sembang dengan Taukey kedai berhampiran maka dapatlah sudah jawapannya.

Yaaa.... Taman Gelora berhadapan  Kolej Antarabangsa IKIP ini akan dibangunkan semula !!! Dijangkakan projek yang telah pun bermula ini akan selesai dalam masa 1 tahun. Jadi, buat peminat-peminat Pak Din Nasi Ayam, Pak Lah Rojak, Mee Kari, Karipap Panas....pasti akan terkulat-kulat bila datang 1 tahun selepas ini...kikii

Mengikut pelannya, kawasan parkir depan IKIP ni akan dibangunkan satu penempatan peniaga, ala-ala macam RnR style la. Siapa akan meniaga kat sini? Pastilah barisan peniaga seperti Pak Din, Pak Lah dan deretan Mee Kari yang akan dipindahkan ke sini. Tiada peniaga baru katanya.

Tapak lama kedai Pak Din Nasi Ayam dan Pak Lah Rojak akan diruntuhkan dan dimajukan sebagai medan letak kereta (parkir), tambahan kepada ruang parkir sedia ada kat sebelah pantai tu. Kemudian satu laluan kenderaan akan dibina dalam kawasan jogging tu. Maksudnya kenderaan akan masuk dari arah IKIP, lepas tu parkir kt tepi pantai dan keluar melalui laluan baru nanti...macam jalan sehala la...

Pasar malam (hari Ahad) juga dikatakan akan dipindahkan ke kawasan parkir berkenaan apabila tiba masanya nanti

 Gerai mee kari, karipap panas, air kelapa sekarang

 Gerai Nasi Ayam Pak Din, Rojak Pak Lah... akan jadi parkir kenderaan

 Gerai tempat lepak aku selama kerja kat sini

 Tempat bersenam 

Tempat parkir depan IKIP yang akan dijadikan kawasan kedai makan 



 Tiang untuk pagar kawasan pembangunan

Bahagian depan, pagar dah naik...

1 tahun lagi laaaaa....


Harga RON95 Turun 3 sen kepada RM2.27/liter

$
0
0
1 Disember 2014 seluruh subsidi minyak RON95 dan Diesel akan ditarik balik. Ini berikutan harga minyak dipasaran dunia telah menurun dibawah paras US$80 setong. Jadi harga minyak akan diapungkan dengan kawalan seperti yang berlaku pada RON 97 sekarang.


Harga terkini RON 95 adalah RM2.30/liter dan Diesel RM2.20/liter (selepas kenaikan terkini pada 2 November 2014)

Manakala harga RON97 menurun dari RM2.85 (5 September 2013), RM2.75 (9 September 2014) dan terkini RM2.55 (19 Oktober 2014) untuk setiap liter. RON 97 telah mengalami pengapungan terkawal sejak Julai 2010.

Jika harga pasaran  (purata) berkekalan pada paras US$80 setong sepanjang November ini, dijangkakan pada 1 Disember nanti harga jualan minyak akan menurun sebanyak 3 sen... 3 SEN AJE TAU !!!

Alhamdulillah ada penurunan...Ini bermaksud RON95 akan dijual dengan harga RM2.27/liter la kan??

Psss...da baca apa Khairi Jamaluddin tulis dalam FB dia??? 

Suzuki GP100 Customs Autoshow

$
0
0
Location: Asrama IKIP Tanjung Lumpur
Event: Autoshow IKIP Convo Fest 2014

Bike: Suzuki GP100 (aku rase la....hehee)






nexttt !!!

Tanam Pokok Bunga Kantan

$
0
0
Pernah tengok pokok bunga kantan? Bunga yang sungguh sinonim dengan laksa !!!

Hari ni aku cuba tanam pokok bunga kantan dalam pasu kat rumah... yelah.. rumah takde tanah macam ni la... Selera besar tapi terhad. Heheee... Walau aku bukannya penggemar makanan berasaskan bunga kantan tapi aku nak tanam jugak... Kat pasar pagi Jaya Gading pun jual RM4 sekuntum... Waaaaa


Tanah gi beli kat kedai bunga... RM1 satu beg... kira ok la tu... tanah hitam tu mahal skit la..RM5


Setelah ditanam.... Menjadi atau pun tidak aku tak pasti la... Kalau tengok kat kampung-kampung tu kawasan dia hidup agak besar... Yang ni sekangkang kera je... Hehehee...

Tengok je la nanti berbunga ke tidak.... Kalau berbunga tu Alhamdulillah...

Ultraman Beraksi di Malaysia

$
0
0
Ultraman Beraksi di Malaysia? Hah? Nak lawan apa? Lawan Adudu, Ajojo, Boboiboi, Awang Kenit?
Dah tak cukup gelanggang gamaknya Ultraman nak lawan kat Jepun.

Dikhabarkan Ultraman ni akan datang berlawan pada 19 Febuari 2015 sehingga 22 Mac 2015. Uishhh... dah macam jadual Liga Super Malaysia pulak.

Tempat nak berlawan adalah di Genting Highland Malaysia. Harga tiket dikatakan bermula dari RM48.

Para peminat Ultraman pasti tak mau ketinggalan menyaksikan mereka berlawan di program "Ultraman Live in Genting 2015"


Misteri MCB

$
0
0
Pagi-pagi masuk dapur ON suis lampu... ehhh tak hidup lampu. Cuba exhaust fan punya suis pun tak hidup. Buka peti ais...peti ais pun dah padam dalam tempoh yang agak lama (berdasarkan saki baki kesejukan yang ada).. Malam tadi last aku ON suis ni sekitar jam 11 malam...

Emm... aku cuba ON satu side lagi yang ada kettle dan rice cooker.. hidup!

Berubah kesatu alat lagi... oven...hidup...

Dapur aku  ada 3 laluan bekalan elektriknya..ada 3 Miniature Circuit Breaker (MCB). So aku berfikir bahawa laluan pada MCB yang ada peti ais bermasalah... apa masalahnya?


Aku tengok pada Distribution Box (DB), MMCB tak ada trip. Aku pun ambil test-pen dan mulalah menguji MCB yang ada. Aku cuba ON-OFF MCB yang berkenaan. Aku test OK aje, ade karen....



Aku ON semula suis lampu kat dapur tadi.... Hidup la pulak... Exhaust fan dan peti ais pun hidup jugak...

So....apa masalahnya? Hahahaaaa....

Psss...MCB tu macam ELCB gak..ada spring... lama-lama spring pun dah kurang anjal....

Kuantan Banjir 2015

$
0
0
Sejak Isnin 15 Disember 2014, hujan turun 4 hari berturut (sampai hari ni..khamis). Dalam hati terlintas barangkali banjir kali ini. Walaupun hujan tidaklah selebat tahun yang lalu, rupanya sememangnya telah ditakdirkan Kuantan antara daerah yang tercatat dalam kawasan banjir kali ini.

Keadaan air laut yang tidak pasang memberikan keadaan sedikit baik... menyebabkan air banjir mampu turun ke tempat yang lebih rendah (gi ke laut)

Rabu bermulanya episod duka kali ini.. Khamis keadaan menjadi semakin buruk dengan beberapa kawasan 'red spot' turut banjir

Waktu ni, hujan sedang reda...malam hari...kebiasaannya hujan agak lebat pada sebelah siang

Antara pusat-pusat pemindahan banjir 2015 di Kuantan adalah SK Kempadang, SMK Pandan, Balairaya Sri Damai, SMK Gudang Rasau dan SK Fakeh Samad yang menempatkan 199 keluarga dengan jumlah mangsa 826 dari 9 kampung/kawasan. (info 18 Disember - 4 pm)

Jabatan Meteorologi (update 2:10pm) juga telah tamatkan amaran peringkat Jingga dan kini amaran peringkat kuning sehingga Jumaat 19 Disember 2014. Iaitu Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat yang berlaku di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin)...


Sebahagian shoot kawasan banjir Kuantan 2015 dari facebook









Puting Beliung Melanda Sungai Besar

$
0
0
Sebelum ini Kedah dan kawasan Klang telah menerima ujian Allah melalui angin puting beliung yang telah meninggalkan seribu satu kenangan dan pengajaran..Ujian Allah tidak terhad pada mereka yang engkar sahaja...

Semalam sekitar jam 2.30 petang telah muncul fenomena puting beliung ini di sekitar kawasan Sungai Besar Selangor pula......

 Dari Stesen Petronas Sungai Besar



Jalan Sungai Panjang

*Imej-imej dari perkongsian apliasi alam maya (kredit kepada empunya gambar)

Semoga kita mengambil iktibar dari apa yang berlaku......

Bom meletup, 3 mati di Kedah

$
0
0
Kira-kira jam 5 ptg 24 Disember 2014 berlaku satu letupan dipercayai bom di Taman Ria Mesra 2, Gurun. Letupan mengakibatkan 3 orang terkorban. Mangsa yang terkorban adalah seorang lelaki yang dipercayai seorang anggota tentera, anak perempuan beliau berusia 8 tahun dan seorang budak lelaki anak kepada jiran beliau yang berusia 5 tahun. Isteri dan anak mangsa yang lain dikatakan cedera dan parah sedang menerima rawatan. 

Kejadian turut merosakkan banyak rumah yang berada disekitarnya. Maklumat awal mangesyaki bom yang meletup adalah dari jenis mortar. Ye ke mortar atau benda lain dan macamana boleh melatup kite tunggu je la keputusan siasatan pihak yang berkenaan... buat spekulasi kang lain pulak jadinya....

UPDATE 27 Dis. 2014: Pihak Polis Kedah mengesahkan bahawa bom yang dikatakan itu adalah dari jenis pelancar roket anti kereta kebal

Antara gambar-gambar lokasi kejadian letupan berkenaan yang disebar melalui alam maya @ aplikasi moden (bukan gambar koi yang punya)




KM126 LPT Tenggelam, Laluan Alternative ke Pantai Timur

$
0
0
Sejak hari Sabtu yang lalu, 27 Disember 2014 KM126 Lebuhraya Pantai Timur telah pun mula ditenggelami air. Setelah beberapa jam lalulintas telah ditutup untuk semua jenis kenderaan. Nampak gaya kena ikut jalan alternative untuk ke Kuala Lumpur dari Kuantan atau sebaliknya. Maka kena masuk Kampung Cinta Manis... lalu pokok-pokok sawit kiri kanan... keluar kat Lanchang masuk semula LPT.

Dalam hati aku terfikir 'silap-silap macam tahun 2007..harini buka esok tutup dah jalan alternative ni..'. Rupa-rupanya betul sangkaan aku....Hari Ahad jalan ni pun dah tutup. Maka tinggal satu lagi kaedah untuk berhubung antara 2 kawasan ini ialah melalui arah selatan... Masuk dari Negeri 9 atau dari Johor

Antara shoot pada hari kejadian di KM126 LPT (dari laman sosial @ apps sosial)







View dari udara... 29 Disember 2014... masih parah


Maka......kalau dari KL atau nak ke KL pasti melalui Negeri 9 lebih dekat. Dari KL ke Kuantan:
KL - LEKAS - Kuala Pilah - Muadzam Shah - Kuantan.



Aku ikut jalan ni dari Sungai Besar - MRR2 - Cheras Kajang Tol Grand Saga RM1 - LEKAS - ... - Kuantan dengan jarak perjalanan 460 kilometer selama 10 jam!!! Huhuuuu.... Cobaaannn.... (dalam 3-4 jam jugak aku berhenti makan, toilet, solat...heheee). Dalam keadaan hujan dari Muadzam hingga ke Kuantan, jalan berlopak-lopak, kenderaan tersangant la banyaknya.... maka no speed maaaaaa....

 Deretan kenderaan dalam kesesakan menghala ke Kuala Lumpur 
(kat mana ntah...Kuala Pilah...Jempol kot)

 Rehat sekejap di Ulu Bendul... air tak ada.... heheheee...

Seeeee.... waktu aku tiba di Kuantan

Banjir kali ini melibatkan banyak kawasan....dan kawasan yang tak disangka-sangka....

Gambar Air Asia QZ8501 Ditemui

$
0
0
30 Disember 2014, kira-kira jam 1.30pm waktu tempatan Indonesia beberapa objek dipercayai serpihan dari pesawat Air Asia QZ8501 yang hilang sejak 28 Disember 2014 dikesan di Laut Jawa Pihak pencari dan menyelamat kemudiannya mengesahkan bahawa serpihan yang ditemui adalah sah daripada pesawat yang hilang itu. Suasana hiba menyelubungi lapangan terbang Surabaya srjurus berita itu diketahui Setakat ini 3 mayat telah ditemui
Viewing all 175 articles
Browse latest View live