Quantcast
Channel: aku Dayat
Viewing all 175 articles
Browse latest View live

Nombor Telefon Bilik Gerakan Banjir UiTM

$
0
0
Nombor Telefon Bilik Gerakan Banjir UiTM

Tawaran Proton untuk kenderaan mangsa banjir

$
0
0
Pagi tadi ada ternampak dalam satu rancangan telivisyen mengajar apa yang perlu dilakukan jika kenderaan kita telah terlibat dalam banjir. Ia dikendalikan oleh kakitangan dari Proton. Tak tau la kilang Proton ke atau Service Center ke atau Kedai jual kereta...

Yang paling utama antaranya ialah jangan cuba hidupkan sistem elektriknya. Huhuuu.... susah jugak tu... Kalau kereta dah kunci pakai alarm pastu kalau buka pakai kunci mesti la bunyi alarm tu kan? Kalau bunyi pasti la elektriknya jalan kan? Hadoiiii... Kalau yang kunci-buka pakai manual style, pakai kunci sahaja memang tak ada masalah la....

Jika dah berjaya buka pintu kereta, buka bonet depan dan tanggalkan sambungan terminal baterinya. Macamana nak tanggalkan? Tanggalkan terminal negativ (hitam) dahulu, diikuti yang positiv (merah).

Mereka juga kata Proton sedang membuat tawaran kepada mangsa-mangsa banjir untuk memperbaiki, servis, memeriksa kenderaan mereka.

Tawaran meliputi kos buruh percuma, alat ganti tulen diskaun sebanyak 30%. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Khidmat Pelanggan Proton ditalian 18000-888-398.

Gambar promosi dari fb Proton Holding Berhad

Maggi Royale Penang Seafood Mix Style...

$
0
0
Mee Maggi.. Fast to cook.. Good for eat !!!
Mee Maggi.. Cepat dimasak.. Sedap dimakan!!!

Biasa dah belasah Maggi Kari... Kali ini kita ubah kepedasan karinya dengan variasi Maggi Royale Penang Seafood versi mix. Cara-caranya seperti berikut:

1. Pergi beli Maggi Royale Penang Seafood Curry.. Kalau ada sesiapa beri percuma untunglah
2. Didihkan air lebih kurang 250ml
3. Masukkan 1 pek mee dan segala paste/serbuk perencah yang ada dalam pek tu
4. Masukkan sedikit hirisan bunga kantan dan 5 ekor udang segar serta 10 ekor mentarang yang telah direbus (buang kulitnya).
5. Masukkan sedikit santan @ susu cair bagi menambahkan kelemakannya
6. Tutup api....hidangkan
7. Taburkan hirisan timun dan taugeh
8. Makannnn

Tak caya? Terailah......

Fakta Saffron : Kenapa Saffron Mahal ?

$
0
0
Saffron.... sejenis ramuan 'magik' yang ditambah dalam masakan untuk menambahkan rasa dan aromanya. Namun harganya agak begitu mahal... harga Saffron 1 gram = 5 euro, bersamaan lebih kurang RM21.00. (mengikut nilai semasa pertukaran wang). Kenapa ye??

Penanaman Saffron hanya boleh dilakukan dalam tempoh 20 hari sahaja dalam setahun. Antara September hingga Oktober.

Suhu penanaman tidak boleh terlalu panas dan terlalu sejuk. Suhu lingkungan -5 darjah celcius

Hidup sekitar 20-30 cm tinggi. Satu pokok boleh menghasilkan sekitar 4 kuntum bunga

Bunga akan dituai pada musim luruh

Selepas dituai, Stigma bunga (berwarna kemerah-merahan bercabang tiga) akan diceraikan menggunakan tangan - ini yang dijadikan rempah saffron tu

Selepas itu dikeringkan menggunakan kaedah traditional untuk menghilangkan kandungan air di dalam saffron tadi. Kemahiran mata, pengetahuan amat penting ketika proses ini. Jika tak cukup kering atau terlebih kering nanti saffron tu rosak.

150-200 kuntum bunga saffron mampu menghasilkan 1 gram saffron kering. Maka kalau nak dapat 1000 gram saffron agak-agaknya berapa kuntun haaa??? 200,000 kurang lebih la gitu !!! Pehhhhh..

Dan segala proses-proses tadi dilakukan dengan tenaga manusia...tiada bantuan mesin

Jadi.... fahamakah anda kenapa ianya sunggggggguh mahal?

Psss... Kalau nak beli, sila beli macam gambar di atas... boleh dileraikan... Kalau yang bentuk sebuk atau bentuk 'paste' tu dah kurang kualiti dan berkemungkinan dicampur bahan lain....

Jadual & Tarikh Gaji 2015 Kakitangan Awam @ Kerajaan

$
0
0
Jadual & Tarikh Gaji 2015 Kakitangan Awam @ Kerajaan

BULAN TARIKH HARI CATATAN
JANUARI 22/1/2015 KHAMIS  
FEBRUARI 12/2/2015 KHAMIS Tahun Baru Cina 19-20hb
MAC 25/3/2015 RABU  
APRIL 23/4/2015 KHAMIS  
MEI 21/5/2015 KHAMIS Pesta Keamaatan 30-31hb
JUN 26/6/2015 KHAMIS Hari Gawai 1-2hb
JULAI 9/7/2015 KHAMIS Hari Raya Aidilfitri 17-18hb
OGOS 25/8/2015 SELASA  
SEPTEMBER 17/9/2015 KHAMIS Hari Raya Aidiladha 24hb
OKTOBER 22/10/2015 KHAMIS  
NOVEMBER 25/11/2015 RABU Hari Deepavali 10hb
DISEMBER 17/12/2015 KHAMIS Hari Krismas 25hb

Selamar bergajilah anda.... berjimat-jimatlah

Hotlink OhhSome Fest

$
0
0

Hotlink brings you an awesome line up of performers, social media acts and also Bazaar Vendors. Checkout the list:

Hotlink Bloggers & YouTubers

  1. KEZIA MUTHU – JOURNEY OF A DAMSEL
  2. WARREN LEOW – GURU APP
  3. JEMSEN TAN
  4. CYRIL DASON – #TwtUpKch
  5. DERRIK YAW – THEVIDEOGRAPHER.NET
  6. COGNITIVE OVERDOSE
  7. THE EGG YOLKS
  8. KENDRICK NG – KENDYLIFE
  9. CHEE CHING – CHEECHINGY.COM
  10. VIKNES – VIKARWORLD
  11. LIANSHEN – BOOKURVE.COM
  12. ANDY KOH – PETFINDER & KINDMEAL.MY
  13. AIDA SUE – TWTUP KASEH & BAJU RAYA PROJECT
  14. RHU YANN – TOURDIRECTIONS.COM.MY
  15. NAZRI – TJTV
  16. ANTHONY & HOOI LING – MYTEKSI
  17. JYAN – HAND PALM ARTIST @SAFETREE
  18. POCOTEE LOH – POCOTEE & FRIENDS
  19. WILL SII – IWILLSTUDIO
  20. AIKO MIYOKO – HAPY FRIENDS SHOPPE
  21. JASON LIM – J & Y PRODUCTIONS
  22. HEIDY QUAH & ANREA – REFUGE FOR THE REFUGEES
  23. AZURIN, YASMIN & GANG – RAD
  24. ARIF AKMAL – MUSIC PRODUCER V CRIMSON
  25. JIAN GOH – MIAO & WAFUPAFU
  26. JAMAL RASLAN
  27. CHERANE – MUNYA MUNYA
  28. KIM HANG – PEK CHEK KIA
  29. SHIA LYNN – ARTSY CRAFTY
  30. BERNIE QUAH – SKETCHPOST
  31. JACKL
For more information visit Hotlink website.

Hotlink Performers

  1. DOSE TWO
  2. ELEENA HARRIS
  3. AMRITA SOON
  4. SIM JIA KENT
  5. TheMingThing
  6. BOX FOR LETTERS
  7. CLASSMATES
  8. SHEREEN SYNDICATE
  9. PASTEL LITE

Hotlink Activities

KAPTEN BUEHBOSSA

Hotlink Bazaar

  1. DWIKRAFT
  2. GREENROOM136
  3. PROJEK RABAK
  4. LUKIS
  5. THE GORILA INK
  6. 1WRISTBAND
  7. MILLION APPAREL
  8. LIMABELAS PRODUCTION
  9. IRON CLAN CLOTHING
  10. MALAYSIA INDIEPRENUER LOKAL
  11. FASHION
  12. AMITY TIE DYE
  13. SANGATSTYLE
  14. MERRIDEW
  15. STREETWARE CLO
  16. GREENWOODS STORE
  17. BOUNCE IMPRINT
  18. GENERASI CLOTHING
For more information visit Hotlink website.

Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Mangsa Banjir Negeri Pahang

$
0
0

9 & 10 Januari 2015 telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Mangsa Banjir Negeri Pahang bertempat di Komplek Yayasan Pahang Tanjung Lumpur Kuantan Pahang.

Dianggarkan kira-kira 4 ke 5 ribu penerima telah hadir menerima bantuan berkenaan. Bantuan telah disampaikan oleh Menteri Besar Pahang YAB. Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob serta dibantu oleh beberapa orang kenamaan yang lain.

Antara penerima yang hadir ke majlis berkenaan

Bantuan berupa wang tunai layak untuk setiap seorang anak keluarga yang ditimpa banjir yang bersekolah dari darjah 1 sehingga tingkatan 5 dari sekitar Kuantan.

YAB. Menteri Besar Pahang sedang mengagihkan wang bantuan kepada penerima

Gunakanlah bantuan yang diberikan sebaik yang mungkin dan kejalan yang berfaedah...

Bomoh vs Hantu

$
0
0
“Bomoh vs Hantu” - Sebuah video game untuk platform IOS dan Android yang bakal dilancarkan pada Jumaat ini (16 Januari 2015).

Permainan video ini memaparkan watak kartun bomoh dan hantu yang popular dengan masyarakat Melayu. Kesemua lukisan kartun dan animasinya adalah 100% daripada air tangan anak tempatan. Koding dan lagu latarbelakang juga 100% buatan anak tempatan.

Buat masa ini, lamanweb rasmi permainan ini (BomohvsHantu.com) sedang dikemaskini. Boleh mula dilayari setelah siap nanti untuk maklumat lanjut berkenaan permainan video ini.

Siapa menghasilkan video game “Bomoh vs Hantu” ni? Jeng jeng jeng.... Hasil daripada kartunis Ubi. 

Tahniah kartunis Ubi

DiGi Year End Sale

$
0
0
DiGi Year End Sale !!!

Tapi pelik lah pulak. Sekarang dah Early of the year... So patut jadi Early Year Sale. Heheheee

Apa yang ada ye? Ooooo... ada "Jualan Terhebat Extra DiGi"

Wow!!! Dapat apa? Dapat FREE Smartphone...PERCUMA Smartphone dengan langganan DG Smart Plan

Model Smartphone apa yang DiGi nak bagi PERCUMA tu? Yaaa.... ada Lenovo A606, Asus Fonepad 7, Samsung GALAXY Grand Prime, Samsung GALAXY Grand Quattro, Redmi Note 4G, Xiaomi Redmi 1S dan macam-macam lagi.... Tak larat... Rambang mata

Nak tahu lebih lanjut? Sila kunjungi wakil-wakil penjual DiGi dan layari digi.com.my 

Yeahhhh...copek copek

Pahang Juara Piala Malaysia 2014

$
0
0
Pritt..pritt..prittttttt. Begitulah berakhirnya perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 menemukan Pahang Tok Gajah selaku juara bertahan dengan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Bukit Jalil.

Pahang memenangi sepakan penalti 5-3 setelah Mat Yo gagal menyempurnakan sepakan ke-4 untuk JDT. Siap pengulas TV cakap "saya tak yakin dengan sepakan Mat yo ni"...rupanya memang menjadi kenyataan.

Pahang mendahului 1-0 melalui Nwakaeme. JDT menyamakan kedudukan pada minit ke-31 sebelum mendapat sepakan penalti 3 minit kemudian.

Pahang kehilangan pemain setelah dilayangkan kad merah pada minit ke-68. Bermain 10 pemain, Pahang tetap gagah dan mampu menyamakan kedudukan pada minit ke-70.

Perlawanan berlarutan ke masa tambahan dan akhirnya keutusan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.

Sepanjang perlawanan.... memang menarik dan mendebarkan!! Tahniah buat pasukan Pahang!!!

Pemilihan Syafiq Rahim sebagai pemain terbaik mungkin menjadi penawar duka kepada pasukan JDT.

JDT perlu menunggu 1 tahun lagi untuk menjulang Piala Malaysia yang kali terakhir dijulang 23 tahun lalu...

Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Taman Negara ke-75

$
0
0

Pengenalan:

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Taman Negara Ke-75. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh YB Datuk Seri G.Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 29 Oktober 2014 di Taman Negara.

Tarikh Jualan:

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 28 November 2014

Tempat Jualan:

  1. Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) 
  2. Pejabat Wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru 
  3. Cawangan Bank Negara di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Spesifikasi Duit Syiling Peringatan ini:

1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
  • Diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 99.99
  • Berat setiap keping ialah 7.96 gram. 
  • Diameter 22mm
  • Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 
  • Harga jualannya RM1,800 sekeping
  • Sebanyak 500 keping sahaja ditempa.

2. Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf)
  • Diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 
  • Berat setiap keping ialah 31.10 gram. 
  • Diameter 40.7mm
  • Nilai muka duit syiling ini ialah RM10
  • Harga jualannya RM200 sekeping
  • Sebanyak 2,000 keping sahaja ditempa.

3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (pruf)
  • Diperbuat daripada logam Cu89 Zn5 Al5 Sn1
  • Berat setiap keping ialah 8.5g
  • Diameter 30mm
  • Nilai muka duit syiling emas nordic ini ialah RM1
  • Harga jualannya RM10 sekeping
  • Sebanyak 25,000 keping sahaja ditempa.

Jualan Secara Set:

Kesemua duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam Set 3 dalam 1 dan Set 2 dalam 1.

Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling pruf emas, perak berwarna dan emas nordic pruf. Set ini akan dijual pada harga RM2,100 dan terdapat 750 set sahaja.

Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak berwarna dan emas nordic pruf. Set ini akan dijual pada harga RM250 dan terdapat 750 set sahaja

Reka Bentuk Duit Syiling Peringatan ini:

  1. Bahagian Hadapan Duit Syiling
    Pada bahagian tengah duit syiling peringatan ini terdapat imej Pantera Tigris Jacksoni iaitu spesies harimau yang hanya ditemui di Taman Negara . Banjaran Tahan dan pokok Keruing Neram yang terdapat di sepanjang Sungai Tahan menjadi latar belakang duit syiling. Lavistonia Tahanensis, sejenis palma yang ditemui hanya di kawasan Banjaran Tahan, pula dipaparkan pada bahagian bawah kanan duit syiling. Perkataan “SAMBUTAN 75 TAHUN TAMAN NEGARA” tertera pada bahagian atas duit syiling dan tahun “1939-2014” yang menandakan ulang tahun yang ke-75 dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling tersebut.

  2. Bahagian Belakang Duit Syiling
    Pada bahagian tengah duit syiling peringatan ini tertera peta Semenanjung Malaysia dengan garisan sempadan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang ditebalkan untuk menunjukkan kawasan Taman Negara. Bahagian yang berlorek menunjukkan lokasi sebenar Taman Negara. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala nilai muka duit syiling ini tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut.
Gambar penuh spesifikasi depan belakang Syiling Peringatan 75 Tahun Taman Negara yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia seperti di bawah:

Sekian buat pencinta syiling terhad

Ikan Kerisi ada "Alien"

$
0
0
Awak makan ikan kerisi? Tanya seseorang...

Ya..kadang-kadang je la...

Kami tak makan.. sebab ikan tu ada "Alien"...

Alien????

Ya...bentuknya macam kumbang..warna putih..nak kata ulat besar la pulak..

Erkkk....

Emmm.... Pernahkah anda jumpa "Alien" yang dimaksudkan? Aku memang pernah jumpa.... Meh koi tunjuk..

 Ikan kerisi yang dah siap disiang

Ni lah rupa kumbang/ulat dalam ikan kerisi tu... saiz mcm jari kelingking

Biasanya dia dok kat dalam kawasan kepala ikan ni atau kt dlm perut... kena check betul-betul sebab kadang-kadang tersembunyi kat hujung mulut ikan ni...

Raya Datang Lagi...Pek Baru Harga Baru

$
0
0
Menjelang Perayaan Tahun Baru Cina, hampir keseluruhan mengadakan "Jualan Mulah Mulah". Memang sebahagiannya betul-betul murah berbanding hari-hari biasa atau sebelumnya.

Namun, ditengah-tengah keseronokan orang membeli-belah barangan yang "cheap sale" ni, ada juga barangan yang sebenarnya lebih mahal dari harga hari-hari biasa atau selepas diskaun harganya sama seperti selalu !!! Selalunya yang jadi macam ni adalah premis-premis yang bukan menjual barangan keperluaan harian tetapi barangan seperti produk-produk berasaskan kain tak kiralah baju, seluar, seluar dalam, baju dalam, stokin, kasut, beg, beg tangan...apa lagi? emmmm....

Baru-baru ni ada pergi ke kedai/pasaraya Tunas Manja yang menjual barangan keperluan harian. Nak beli susu tepung untuk anak. Susu tepung Dumex Dugro..Sekali ada 2 harga pulak.. Oooo.. rupanya sudah tukar pek baru maaaa. Pek lama dia cheap sale RM22 (ada diskaun lagi jadi RM20) tapi yang pek baru dia jual RM24 (Harga sebenar pek baru RM27.30)

Satu lagi beli sos spageti.. Sebab kurang rajin buat sos nya maka beli je la...heheee... Kat pasaraya Giant ni ada jual botol baru, pek baru denga harga RM4.59. Yang lama takdak. Tapi pergi kat Kedai 1Malaysia ada botol lama dia jual rege RM3.59. Beza seringgit tu.....

Nampaknya...stok lama sedang dihabiskan... Stok baru dengan pek baru akan menyusul dengan harga yang lebih tinggi dikala harga minyak jatuh merudum. Yelahh...dulu orang meniaga kata harga barang naik sebab harga minyak naik...

NIPS Milk Chocolate

$
0
0
Bosan-bosan duduk terperuk dalam bilik ni kalau dapat mengunyah sesuatu sedap gak ni. Tiba-tiba teringat.... Ada coklat la.... Yummm

NIPS Milk Chocolate ni adalah versi terbaru yang syarikat ni keluarkan. Kalau dulu ada Peanut dan selepas tu ada Kismis...

Kalau yang suka rasa coklat sahaja memang sesuai la dengan versi yang ini....

Yeahhh !!!

Cara Semak Keputusan STAM 2014 Melalui SMS

$
0
0
Cara menyemak keputusan STAM melalui SMS adalah seperti berikut. Taipkan

STAM<Jarak>Angka Giliran ,  dan SMS ke 15888

untuk keterangan lanjut boleh rujuk gambar di bawah

Sekian, semoga berjaya

Semakan Keputusan STAM 2014

$
0
0
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberitahu pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2014 akan diadakan pada hari Rabu 28 Januari 2015 pada Jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6 Blok E8 Kompleks Kerajaan Parcel E Putrajaya

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi hari yang sama

Calon Persendirian akan dihubungi melaui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu

Perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui SMS juga disediakan bermula jam 10.00 pagi 28 Januari dan berakhir pada jam 11.59 malam 3 Febuari 2015. 

Cara menyemak keputusan STAM melalui SMS adalah seperti berikut:

STAM<Jarak>Angka Giliran , SMS ke 15888

atau boleh rujuk link ini untuk maklumat lanjut cara semak melalui sms: Klik sini

Semakan Penempatan Guru Baharu Lepasan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah-JQAF (DPLI-JQAF) Ambilan 2013

$
0
0
Pengumuman oleh Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Pendidikan Malaysia

Sukacita dimaklumkan penempatan guru baharu bagi lepasan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah – Jqaf (DPLI-jQAF) Ambilan 2013 yang diperaku oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) boleh membuat semakan penempatan di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat berikut:

Tarikh kuat kuasa penempatan adalah pada 26 Januari 2015

Suasana Penjualan Tiket Final Piala Malaysia 2014 @ Pahang

$
0
0
Perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ini 1 November 2014 akan menemukan jaguh pantai timur Pahang Darul Makmur selaku juara bertahan dengan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Bukit Jalil.

Semalam 10,000 tiket telah dijual menerusi atas talian (on-line) di www.tickethotline.com.my  bermula jam 10 pagi. Tapi desus-desus mengatakan dalam masa 30 minit sahaja sudah habis..sudah 'sold-out'. Wowww...pelik bebenor ni...tapi ade jugak yang kata dia dapat beli jam 4 petang...

Manakala 80,000 baki tiket dibahagi sama rata..40,000 untuk JDT dan Pahang. Tiket-tiket manual ini akan dijual di Pahang dan Johor bermula hari Khamis. Tiada tiket yang dijual di Stadium Bukit Jalil melainkan penebusan tiket online yang bermula Khamis juga

Pagi ni tadi kebetulan nak gi JPN di UTC lalu sebelah Stadium Darul Makmur, lokasi penjualan tiket bagi penyokong Pahang. Ce tengok gelagat dan pengorbanan penyokong Pahang ni beli tiket di Stadium Darul Makmur...

Amacam? Ada brani? Semoga mereka ni berjaya membeli tiket yang diharapkan.... Tiket dewasa RM40 dan kanak-kanak RM5. Harga tiket online mahal sikit.. RM44.29.

Yang aku tengok ni tadi perempuan pun berbaris dalam barisan yang sama....emmm.... haritu ada barisan untuk perempuan... atau ada tp pompuan ni memang nak beratur kat sini jugak...entahlah... Cuaca panas.. ada yang berpayung.. beratur panjang wehhh... Ada yang pukol 1 pagi dah pacak depan kaunter tiket ni...

Harap-harap tiada kejadian yang tidak diingini berlaku... lebih 2000 polis terpaksa buat kerja lain iaitu mengawal keadaan nanti...

Dijangkakan lebih 900 bas daripada Pahang dan Johor akan datang ke Bukit Jalil. Bagi mengelakkan ada bas kena bako..kena baling batu... bas bagi penyokong JDT akan ditempatkan di Universiti Putra Malaysia manakala Pahang di Taman Teknologi Malaysia